Mohd Hair Kadir
- Umur: 27 tahun
- Tinggi: 185cm
- Berat Asal: 143kg
- Berat Sekarang: 92kg
- Pencapaian: Kurangkan hampir 50kg dan sembuhkan masalah diabetis dan hypertension.
- Kerjaya: Web Designer.
- Instagram: @mhair_kadir
- Facebook: mohdhair
- Twitter: mohdhair87
Ingin kurang berat?
Salam Perkenalan. Saya Mohd Hair Bin Kadir. Salah seorang peserta Jom Kurus Kevin Zahri 2013, JK1M#1 dan JK Raya 2014. Dikesempatan ini saya ingin berkongsikan kisah perjalanan hidup saya yang pada awalnya seorang Obes (143KG) dan menghidapi Diabetis dan Darah tinggi sejak 10 tahun yang lalu. Saya adalah seorang yang dulunya tidak pernah mengambil berat tentang hal-hal kesihatan dan berat badan. Pada usia 14 tahun (Tingkatan 2) , berat badan saya telah mencecah 120KG. Pada usia 16 Tahun pula (Tingkatan 4), saya telah menghidapai Diabetis dan Darah tinggi yang membuatkan saya sentiasa ke Hospital Besar Sultanah Aminah Johor Bahru untuk menjalani rawatan di Unit Pakar dan menjalani kehidupan sebagai pesakit Diabetis dan darah tinggi.
Selepas saya menyambung pengajian saya di Kuala Lumpur. Segala rawatan susulan dan ubat-ubatan sy hentikan. Selepas 2 tahun sy tidak melakuakan apa-apa rawatan. Akhirnya saya mula merasai sintom-sintom penyakit itu kembali. Barulah saya menyambung rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur. Dalam keluarga, Aruah Ibu saya juga menghidapi Diabatis dan Darah tinggi.
![Gemok]()
“Adakah ini faktor keturunan?… “
Kehidupan saya sebelum mengenali Kevin Zahri, adalah satu kehidupan seorang obes yang tidak tahu cara dan ilmu yang betul dalam pemakanan dan latihan senaman. Sebagai seorang Obes, saya juga mempunyai sifat malu, rendah diri, mudah tersentuh dan tiada tahap konfiden yang tinggi untuk melakukan sesuatu activiti. Melakukan activiti yang pasif adalah rutin harian. Saya mula menanamkan azam untuk berubah dari seorang yang obes kepada seorang yang normal selepas saya hampir gagal untuk berkerja di salah sebuah syarikat terkenal di Malaysia. Semasa menjalani Employee Medical Checkup di PCMC, saya telah gagal kerana menghidapi darah tinggi. Saya gagal untuk berkerja di syarikat tersebut dan saya cuba membuat rayuan dan berkejar sebagai contract staff selama satu tahun. Dalam tempoh kontrak satu tahun saya cuba untuk berubah menjadi seorang yang lebih sihat kerana untuk menjadi pekerja tetap saya harus menjalani Employee Medical Checkup sekali lagi.
Gagal dengan produk.
Saya telah gagal dalam usaha satu tahun tersebut. Saya telah mencuba beberapa produk, suppliment dan pelbagai diet, namun ia tidak membantu degan tahap yang saya kehendaki. Saya juga telah mengamalkan diet tanpa karbo dan mengambil protin sebagai makanan ruji. Seperti mana rakan saya menasihati;
“Jagan ambil karbo langsung, nak makan ayam sekor pun tak ada masalah… “
Yes!.. benar ia membantu dalam penurunan berat bedan. Paling mengembirankan saya, selepas balik kerja saya akan singgah ke gerai ayam golek dan membeli seekor ayam untuk makan malam. Memang nikmat makan malam degan seekor ayam golek… nyumm….nyummm… Penurunan berat badan dalam diet ini lebih kurang 10-15KG. Namun lebih kurang satu tahun saya mengamalkan. Saya keranp sakit belakang dan saya telah pergi ke Hospital untuk membuat rawatan. Berita sedih yang saya dapat. Ujian air kencing saya mengandungi protein, dan ini bermaksud buah pinggang saya tidak boleh menampung protien yang berlebihan kesan diet yang saya amalkan. Ini bermakna saya telah menemui sakit 3 seraikai saya iaitu; Diabetis, darah tinggi dan buah pinggang.
Setelah keputusan pemeriksaan mengesahkan bahawa buah pinggang saya tidak dapat menapis dengan baik, dan masih di peringkat awal. Saya terus berhenti dari mengamalkan diet tersebut. Dari sini saya mula merasakan kebuntuan, berputus asa dan rasa seolah-olah tiada jalan untuk saya. Saya mula menyendiri untuk seketika waktu dan saya pernah berkata kepada sabahat saya;
“Aku rasa.. aku dah tahu macam mane aku akan mati…”
Kevin Zahri reply mesej Twitter
Namun hidup perlu di teruskan, Saya tidak memberi tahu ahli keluaga berkenaan masalah buah pinnggang saya. Dan Aruah Ibu saya meninggal semasa saya sedang berusaha untuk berubah. Ibu Saya juga pesakait diabetic dan darah tinggi. Ibu saya kritikal disebabkan strock yang asalnya berpunca dari Tekanan Darah tinggi. Gula Dalam darah ibu saya juga sukar diturunkan walaupaun dos insulin telah di naikkan. Saya mula insaf dan betul-betul berazam untuk berubah. Saya Mula bercerita degan sahabat-sahabat saya. Dan saya mengucapkan Terima Kasih banyak kepada Zulhatfi Aziz yang memperkenalkan Kevin Zahri kepada saya. Sahabat saya memperkenalkan saya bahawa Kevin Zahri adalah pakar pemakanan dan cikgu fitness no.1 di Malaysia. Sahabat saya meminta saya tweet Kevin Zahri sendiri tentang masalah-masalah saya dan saya tidak menyangka yang Kevin Zahri reply dan dari situlah langkah pertama saya bermula.
Dari tweet itulah hidup saya berubah. Saya memulakan hidup baru saya dengan membeli lifetime e-book + video Kevin Zahri. Saya cuba mengikuti segala ilmu pengatahuan yang dikongsikan. Saya memulakan langkah pertama saya pada Ramadan 2013. Ini adalah pengamalan diet yang betul-betul sukar. Mengambil Factor Kalori, Deffisit Calories, ia bukan suatu yang mudah. Berkat Ramadan 2013 dan ilmu dari e-book dan Video Kevin Zahri saya mula membiasakan diri degan cara diet yang di kongsikan. Susah itu memang susah, numun saya terus usaha dan saya sendiri tidak percaya akan kemampuan diri untuk melakukannya. Dengan mengikuti segala ilmu yang terkandung, dan mengikuti calories pemakanan yang diperlukan untuk diri sendiri.
Perubahan yang Ketara
Saya boleh berbangga kerana Diabatis saya juga mula menurun dengan pengamalan diet yang saya amalkan. Keputusan darah yang tertinggi untuk Diabetis saya ialah 24mmol/L. Di akhir Ramadan 2013, Result Diabetis saya turun ke 7-8mmol/L. Dan Tekanan Darah Tinggi saya tidak menunjukkan perubahan yang ketara. Disini saya mendapati dengan menjaga diet yang sihat dan pemakanan yang mengikuti keperluan colories diri sendiri, Diabetis dapat diatasi.
![record]()
Cabaran Jom Kurus Bersama Kevin
Saya mula berminat untuk mengikuti program-progam Kevin Zahri kerana dngan hanya mengikuti dan menonton video-video Kevin saya telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10-12KG dengan menjaga pemanakan sahaja. Saya cukup berpuas hati dan teringin berjumpa dengan Kevin Zahri sendiri. Akhirnya saya mengikuti Kursus/Seminar pemakanan yang diadakan dapa October 2013 di PCMC bersama Kevin Zahri sendiri dan saya menyertai Cabaran 6 minggu Jom Kurus Kevin Zahri pada Nov-Dec 2013. Saya memulakan cabaran Jom Kurus degan Berat 128.7KG. Secara rasminya Kevin Zahri menjadi Coach kami.
Aktiviti bersama Coah Kevin Zahri, untuk hari pertama activiti cabaran, kami ke Taman Botani Kuala Lumpur untuk melakukan Circuit Training and jogging. Komen saya memang sakit satu badan. Bagi seorang peserta obes macam saya dan yang hanya melakukakn activiti-activi yang agak pasif seharian. latihan-latihan yang diberikan Coach Kevin Zahri agak berat untuk saya. Namun ini semua satu cabaran untuk 6 minggu sahaja. Banyak activiti yang amat menarik yang disusun oleh Coach Kevin namun, ada juga yang saya tidak menyertai activiti-activiti tersebuat kerana dikuatiri sakit-sakit badan. Beberapa kenagan yang saya tidak boleh lupakan dalam Cabaran Jom Kurus Kevin Zahari 2013 adalah semasa Coach Kevin menjemput peserta bermain badmintion di Condominium beliau. Badminton adalah salah satu sukan kegemaran saya dan semasa sessi activiti badminton tersebut, 45 minit pertama kene buat running circuit. Apabila Coach Kevin menunjukkan demo, hati saya berkata;
“Coach ni nak train atlet jadi fit ke.. nak train orang gemuk jadi kurus?… aiyoO.. sakit ooOO…”
Berat dan Tekanan Darah Tinggi Saya Mula Turun
Nak bermain Badmintin punya pasal, saya buat je. Semasa nak bermain badminton tu memang dah tak ada tenaga. Banyak lagi kisah-kisah menarik di JKKZ 2013 ini. Dalam 6 minggu cabaran saya hanya dapat menurunkan 9.4KG. Pada mulanya saya tidak berani untuk membuat activiti yang terlalu intense kerana factor darah tinggi. Tetapi apabila saya mencuba untuk melakukan activiti yang agak intense, Tekanan Darah Tinggi saya menurun. Dan apabila saya terus melakukan aktiviti-aktiviti kardio yang agak intent dan aktiviti-aktiviti cardio yang banyak mengeluarkan peluh, Tekanan Darah tinggi saya semakin menurun. Akhirnya dengan mengikuti Cabaran Jom Kurus dan melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat degan cara pemakanan yang sihat, saya amat bersyukur kerana Diabetis dana Tekanan Darah tinggi saya mula berkurangan.
“Kejayaan yang amat membanggakan saya adalah apabila dapat mengawal Diabetis dan Tekanan Darah Tinggi tanpa ubat-ubatan dan dengan cara yang sihat… Bagi seorang pesakit Diabatis dan Darah Tinggi yang lebih kurang 10 tahun, saya berpendapat bahawa Diabetis dan Tekanan Darah Tinggi BUKAN dari faktor keturunan tetapi CARA HIDUP anda sendiri..”
Bukan Salah Keturunan
Saya Adalah pesakait Tekanan Darah Tinggi dan Diabetic selama hampir 10 tahun dan akhirnya saya dapat hidup sihat dan bebas dari Diabetic dengan hanya mengawal pemakanan saya dan bebas dari Tekanan Darah Tinggi dengan melakukan activiti-activiti senaman cardio yang menguatkan jantung dan membina stamina diri. Namun apabila saya bebas dari penyakit-penyakit tersebut itu tidak bemakna saya boleh menapak ke dunia saya yang dulu iaitu dngan tidak menjaga pemakanan dan tidak melakukan apa-apa activiti dan tidak mengamalkan hidup sihat. Apabila bercakap tentang activiti sukan, saya terus bersukan dengan sukan segemaran saya, seperti mana yang Coach Kevin Zahri selalu cakap;
“Activiti senaman yang terbaik adalah yang kamu minat supaya ianya berterusan…”
Jadi saya terus melakukan activti yang saya gemari untuk saya terus aktif dan tidak kembali ke dunia lama saya. Sekarang saya telah menyertai team badminton syarikat saya dan setiap minggu kami akan bermain badminton sebagai satu aktiviti sukan mingguan. Saya juga menyertai sebarang activiti yang agak saya gemari seperti hiking, dogeball, jogging dan sebagainya. ini semua dengan satu tujuan. Iaitu tuk terus kekal aktif dan sihat.
Akhir kata, saya seolah2 tidak percaya yang saya boleh melakukan ini semua dan saya akan cuba untuk terus kekal dgan cara hidup yang sihat. Dahulunya saya seberat 143KG, dan sekarang 92KG dan akan datang target saya adalah 75-85KG.
“Kurus itu hanyalah satu pakage, jika anda mencari kehidupan yang lebih sihat..”
![latest]()
Untuk Diri Sendiri!
Walaupun pencapaian penurunan berat badan saya tidaklah sehebat juara-juara Jom Kurus yang lain. Namun saya berbangga kerana saya melakukan ini semua adalah untuk menjaga kesihatan diri saya sendiri dan jika ada kesempatan saya juga ingin berkogsi pengetahuan yang saya perolehi ini bersama-sama mereka yang senasib atau yang lebih teruk perjalanan hidupnya berbanding saya. Dan dengan ini saya juga Ingin mengucapkan terima kasih kedapa Coach Kezin Zahri kerana berkongsi pengetahuan dan memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan progam JK1M untuk musim yang ke-2.
Jika ada kelapangan masa saya akan kongsikan perjalanan dan pengalaman saya bersama peserta-peserta Jom Kurus 1 Malaysia Musim Ke-2 kawasan Batu Cave.
The post Hair Kadir Kurang 50kg: Sembuhkan Diabetis dan Hypertension appeared first on KevinZahri.com.