Supplement yang saya ambil adalah saya amalkan minum teh hijau, multivitamin dan minyak ikan.
Amalan Diet Pemakanan Saya Untuk Kurang 72kg
Saya mula amalkan pemakanan yang sihat. Saya akui pada mulanya agak sukar tetapi dengan berbekalkan semangat untuk berubah yang kuat lama kelamaan saya boleh lakukannya. Saya meminimumkan pengambilan garam, gula, dan minyak dalam diet seharian saya dan saya mengambil segenggam nasi sekali makan. Saya makan mengikut waktu makan dan saya tidak skip breakfast, lunch dan diner. Saya kawal portion makanan dan pastikan saya makan makanan seimbang (karbohidrat, protein dan serat yang cukup).
Saya memilih untuk makan makanan yang berkhasiat dan berkualiti dengan mengambil sumber protein, karbohidrat, sayur dan yang kaya dengan vitamin dan serat. Contoh protein yang saya ambil telur, dada ayam dan ikan. Pengambilan sayur hijau seperti brokoli, asparagus, bayam, saya banyakkan dalam portion makanan saya untuk mendapatkan serat yang baik. Untuk pengambilan karbohidrat pula saya hadkan kepada segenggam sahaja sehari den jenis karbohidrat yang saya ambil ialah beras biasa, beras perang dan oat. Saya juga amalkan pengambilan snek di antara waktu sarapan dan makan tengahari dan dari waktu makan tengahari hingga makan malam. Saya suka makan buah sewaktu hidangan snek dan dimakan dalam kuantiti kecil. Buah yang saya makan adalah buah epal, kiwi, pisang dan juga kekacang seperti badam dan gajus. Saya juga minum air dalam kuantiti yang banyak untuk mengekalkan stamina, membekalkan tenaga dan detox kepada badan. Saya minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air sehari sehingga urin saya jernih. Saya juga amalkan minum infused water (air yang dicampur lemon / lime / mint/ strawberry / chia seed) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk tujuan detox.
Saya meminimumkan pengambilan makanan yang manis dan makanan ringan dalam diet saya contohnya seperti kerepek, popcorn, keropok, jeruk, aiskrim, kek, dan pelbagai jenis kuih termasuk kuih tradisional dan kuih raya. Saya juga tidak mengambil makanan yang telah siap diproses kerana makanan jenis ini tinggi kandungan sodium dan tidak baik untuk kesihatan contohnya seperti hotdog, sosej, burger, nugget dan lain-lain makanan yang diproses. Saya selalunya ambil makanan ini pada hari cheatday.
Menu makanan harian saya.
Sarapan pagi- Menu A (Cereal)
– 1 mangkuk susu segar
– 1 cup rolled oats
– 3 biji telur putih yang telah direbus/ digoreng tanpa minyak
– Satu sudu kecil chia seed
-Segelas air suam
Menu B (Pancake)
– 1 cup rolled oats
– 3 biji telur putih
– Satu sudu kecil chia seed
– Black pepper, cayenne, paprika, serbuk cili, cinnamon, parsley, oregano dicampur sesedap rasa..
Campur bahan-bahan tadi dan terus goreng atas non stick pan
-Segelas air suam
Snack
– Buah atau kekacang dalam kuantiti yang sedikit
Makan tengah hari
– Dada ayam atau ikan untuk sumber protein yang dimasak secara rebus/ bakar/ stim/ goreng tanpa minyak
– Sayur untuk sumber fiber yang dimasak secara rebus/stim/.
– Add on flavour seperti black pepper, cayenne, paprika, serbuk cili, cinnamon, parsley, oregano dicampur sesedap rasa..
– Nasi segenggam untuk tenaga
– Segelas air suam
Snack
– Buah atau kekacang dalam kuantiti yang sedikit
Makan malam (sebelum 8 p.m)
– Dada ayam ikan dimasak secara rebus/ bakar/ stim/ goreng tanpa minyak untuk sumber protein
– Sayur brokoli, asparagus, spinach, capsicum, tomato, cauliflower, cabbage, onion yang dimasak secara rebus/stim/goreng tanpa minyak
(portion sayur adalah ikut suka)
– Add on flavour seperti black pepper, cayenne, paprika, serbuk cili, cinnamon, parsley, oregano dicampur sesedap rasa..
– Segelas air suam