Quantcast
Channel: Kevin Zahri – Pakar Kurus Malaysia
Viewing all 745 articles
Browse latest View live

Safarudin Kurang Berat Badan 55kg Tanpa Suplemen

$
0
0

Mohd Safarudin Nur Osman

  • Umur: 31 tahun
  • Tinggi: 176cm
  • Berat Asal: 135kg
  • Berat Sekarang: 80kg
  • Pencapaian: kurang 55kg dalam 18 bulan
  • Kerjaya: Jurutera
  • Facebook: sapa.rudin1
  • Instagram: @safarudin_fit17
Ingin kurang berat badan?

atau sertai Safarudin:

Jom Kurus Bersama Safarudin

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian.

Saya merupakan team leader JK1M musim ke 3 untuk kawasan gombak. Di sini saya ingin menceritakan serba sedikit kisah saya bagaimana dapat menurunkan berat badan sebanyak 55+ kg. diharap ia dapat menjadi sumber inspirasi buat kalian semua. ‘GEMUK’ adalah perkataan yang sudah lali dilemparkan kepada saya sejak berpuluh-puluh tahun saya hidup di dunia ini (30 tahun je :p). Ya, sejak mengenali dunia ini iaitu sejak dari kecil badan saya memang gemuk sehinggalah meningkat dewasa. Bila menyebut sahaja Safarudin maka terbayanglah seorang budak yang gemuk.

Pernah juga terfikir hendak kurus, tipula jika seorang yang gemuk tidak mahu kurus tetapi ia hanyalah angan2 kosong saja, tiada usaha pernah dilakukan. Bayangkan ketika saya berusia 14 tahun berat saya sudahpun mencecah 85 kg, ketika berusia 17 tahun berat saya sudah mencecah 100 kg :’( . Namun ianya masih belum menginsafkan saya untuk menurunkan berat badan. Rutin harian saya seperti makan nasi 2 pinggan paling kurang, jika di rumah masih lagi diteruskan. Teringat dahulu di masa zaman persekolahan, saya memang merupakan peminat tegar nasi lemak. Jika waktu sarapan pagi kalau tidak menjamah sepinggan nasi lemak memang tidak sah, di tambah lagi dengan sepinggan nasi lemak pada waktu rehat pula. Balik saja dari sekolah dan sampai sahaja di rumah, campak beg sekolah dan dengan rakusnya terus ke dapur menjamah makanan yg telah terhidang. Kalau makan nasi memang tak sah 2 pinggan, kadang2 terlajak sehingga 3 pinggan, almaklumlah masakan ibu, hehehe. Setiap kali waktu makan tidak kira siang atau malam, menjamah nasi 2 pinggan sudah menjadi perkara biasa (ohhh.. jahilnya aku).

Perkara ini terus berlanjutan sehingga saya ditawarkan sekolah berasrama di SMTKL. “Bila tinggal di asrama nanti bolehla kuruskan badan sebab tidak boleh makan mengikut nafsu” kata emak. Ternyata firasat emak meleset. Mana tidaknya makanan di asrama sekolah boleh dikatakan agak mewah, nasi boleh di ambil mengikut suka hati, di tambah lagi makanan yang boleh di beli di kantin sekolah tidak kira siang atau malam. Harapan seorang ibu untuk melihat anaknya kurus tidak kesampaian :’( .

Tidak timbang berat badan sejak 17 tahun.

Amalan makan nasi 2 atau 3 pinggan terus berlanjutan sehinggalah saya di universiti. Jika makan di luar ayat “bang nasi bagi lebih ye” sudah menjadi lumrah. Sehinggalah pada suatu hari ketika menonton perlawanan bola sepak di rumah kawan semasa di universiti dulu, saya telah terlihat alat penimbang dirumahnya. Sejak daripada umur 17 tahun saya memang tidak pernah menimbang berat badan, biasalah orang gemuk memang fobia dengan alat penimbang, haha. Jadi dengan melihat kiri dan kanan tiada siapa yang memerhati, lantas saya pun berdiri di atas alat itu. Sekali pandang saya melihat jarum alat itu menunjukkan angka 15 kg, pelik.

Setelah dibuat percubaan kali kedua barulah saya perasan jarum alat penimbang itu telah pun berpusing sekali dan melebihi had 120 kg. Masa ni barulah saya sedar ohh! gemuknya aku.

Setelah dibuat percubaan kali kedua barulah saya perasan jarum alat penimbang itu telah pun berpusing sekali dan melebihi had 120 kg. Masa ni barulah saya sedar ohh! gemuknya aku.

 ‘The Biggest Loser’ – Seksanya nak kurus!

Walaupun saya sedar pada masa itu saya terlampau gemuk namun percubaan untuk menguruskan badan masih lagi tidak di lakukan. Kerana pada waktu itu saya berfikir untuk menurunkan berat berpuluh2 kilo adalah suatu yang mustahil dan sukar dilakukan, ditambah lagi apabila melihat rancangan seperti ‘The Biggest Loser’, mereka peserta di dalam rancangan itu bermati-matian untuk menurunkan berat berpuluh2 kilo. Saya telah biarkan hidup ini dengan kegemukan walaupun menjadi bahan ketawa rakan2, pakaian yang sukar di cari, tidak pernah berjaya memikat gadis :p, menonton wayang dengan keadaan yang sempit, cepat penat dan macam2 lagilah.

Panduan Kurang 5kg 5 Minggu berikan panduan mudah untuk bantu anda melakar pelan kurangkan berat badan ikut gaya hidup di Malaysia

Panduan Kurang 5kg 5 Minggu berikan panduan mudah untuk bantu anda melakar pelan kurangkan berat badan ikut gaya hidup di Malaysia

Inspirasi Success Story KevinZahri.com

Sehinggalah saya sudah bekerja. Pada waktu itu, rakan2 sekerja saya sering bercerita perihal kevin zahri dan kalori makanan. Pada mulanya saya tidak berapa pedulikan mereka. Entah kenapa pada suatu hari, terdetik untuk melihat laman web kevin zahri. Di situ saya telah membaca pelbagai kisah2 kejayaan di blog kevin zahri. Daripada kisah2 mereka membuatkan saya bersemangat untuk menurunkan berat badan.

Perlukan inspirasi untuk bermula? Baca pelbagai kisah kejayaan kurang berat badan dari seluruh Malaysia.

Mudahnya kurang berat badan! Tapi Perlu Berilmu

Sebenarnya untuk menurunkan berat badan tidaklah terlalu susah jika mempunyai ilmu. Jadi saya telah membuat keputusan untuk membeli ebook kevin zahri. Daripada ebook kevin zahri, saya mula mempelajari bagaimana teknik2 yang berkesan dan juga mengira keperluan kalori. Saya mula menjinakkan diri bersenam di gym dan joging pada hujung minggu. Walaupun pada mulanya agak sukar dan rasa malu tetapi saya telah lontarkan jauh rasa malu untuk bersenam, biar malu sekarang jangan malu selama-lamanya. Setelah melihat perubahan fizikal pada badan saya, saya mula meminati bidang kecergasan. Saya telah mempelajari ilmu kecergasan daripada individu-individu yang hebat di internet seperti Kevin Zahri.

“Sebenarnya untuk menurunkan berat badan tidaklah terlalu sukar dan tidaklah terlalu senang. Ilmu yang betul adalah penting supaya berat badan yang ideal dapat dikekalkan sepanjang hayat. InsyaAllah.”

8 Antara amalan diet saya ketika menurunkan berat badan :-

  1. ketahui keperluan kalori sehari dan buat defisit kalori
  2. makan 5 hingga 6 kali sehari
  3. makan nasi segenggam bg hidangan utama
  4. jangan tinggalkan sarapan dan makan malam
  5. utamakan makanan tinggi serat seperti sayur dan buah
  6. makan sumber protein bg setiap hidangan
  7. amalkan konsep sekadar merasa jika dipelawa makan
  8. minum air sekurang2nya 3 liter sehari

Antara senaman yang saya lakukan :-

  1. latihan bebanan (weight training) 1 atau 2 kali seminggu
  2. joging 2 atau 3 kali seminggu
  3. HIIT atau circuit training selepas melakukan latihan bebanan
  4. rehat sekurang2nya sehari dalam seminggu
  5. tidur sekurang2nya 6 jam

Tip kepada pembaca yang ingin kurus?

Untuk pembaca yang ingin kurus, tips saya kepada anda adalah carilah ilmu yang betul bagaimana untuk menurunkan berat badan dan janganlah mengikut orang lain tanpa merujuk kepada yang pakar. Contoh terbaik adalah melalui ebook2 dan video kevin zahri dan juga menyertai program JK1M kerana program ini anda akan belajar bagaimana untuk diet dan senaman yg betul disamping mendapat kawan bersenam bersama dan saling bantu antara satu sama lain.

The post Safarudin Kurang Berat Badan 55kg Tanpa Suplemen appeared first on KevinZahri.com.


Senaman Apa Yang Paling Elok Bakar Lemak?

$
0
0

IMG_3963

 

Hey korg!

Sorry lama tak update blog kat sini. Quite bz a bit. So entry kali ni nak share dengan u guys; senaman apa yang paling elok untuk bakar lemak?

Ok first of all, u guys semua kena faham konsep. Untuk membakar lemak, badan supposedly kena hit 60% keatas bacaan ‘MHR’nya consistently selama 60 minit, baru dia bermula membakar lemak-lemak korg. Siapa yang tak reti lagi nak kira MHR? boleh klik kat link bawah ni:

 

http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/kenali-jantung-anda

 

So kat sini, ingin saya tekankan kalau u guys buat senaman jenis apa pun (jogging ke, push up ke, sit ups ke, burpees ke, squats ke,…etc)  selagi heart rate korg tak sampai 60% tu, selagi tu badan masih tidak akan membakar lemak-lemak tadi.

Kalau tanya saya, senaman apa yang paling mujarab utk bakar lemak. I will go for HIIT. Sebab senaman jenis ni banyak benefits dia besides untuk lose weight it can helps to increase korg punya strength juga. But again, tak semua orang boleh buat senaman jenis ni. Boleh baca entry saya yang lepas berkaitan senaman HIIT kat link bawah ni:

 

http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/senaman-hiit-bagus-ke-tak

 

Even though korg buat semua jenis senaman ni, always remember the main important thing is your food consumption sehari. Means your diet lah. It should be around 1100 – 1300 kcal/day in order for u guys to lose weight. Jangan lebih & kalau boleh jangan kurang! Nanti badan crack!

In terms of fitness pula, adalah amat digalakkan utk korg semua burn at least 500-1000 kcal sehari untuk lose weight. Make sure ada 1 hari rest day; means completely rest from any physical activities yang berat-berat dalam setiap minggu. Try to have your leisure day time ni, pergi tengok wayang ke, shopping-shopping or apa-apa yg u guys rasa macam best utk korg buat (RELAX mode). Remember, over trained also leads to result yang tidak consistent. So, live your life too guys!

 

  • Coach Cem
  • Follow me on FB; CEM BODY ENGINEERING
  • Instagram; coachcem

 

The post Senaman Apa Yang Paling Elok Bakar Lemak? appeared first on KevinZahri.com.

JK1M Teamleader BBQ

$
0
0

Sempena Cabaran Jom Kurus 1Malaysia yang akan bermula 13 September di seluruh Malaysia, kevinzahri.com adakan jamuan BBQ santai bersama beberapa team leader. Sharifah Sakinah juga hadir untuk meriahkan majlis.

jk1m-bbq-34 jk1m-bbq-30 jk1m-bbq-29 jk1m-bbq-27 jk1m-bbq-25 jk1m-bbq-24 jk1m-bbq-22 jk1m-bbq-21 jk1m-bbq-20 jk1m-bbq-19 jk1m-bbq-18 jk1m-bbq-17 jk1m-bbq-16 jk1m-bbq-15 jk1m-bbq-14 jk1m-bbq-13 jk1m-bbq-11 jk1m-bbq-10 jk1m-bbq-9 jk1m-bbq-8 jk1m-bbq-6 jk1m-bbq-5 jk1m-bbq-4 jk1m-bbq-3 jk1m-bbq-1

The post JK1M Teamleader BBQ appeared first on KevinZahri.com.

Photo Gallery: Jom Kurus Seminar 6 Sept PCMC

Jom Kurus 1 Malaysia di MHI TV3

JK1M Bantu Kurangkan Obesiti Malaysia di Astro Awani

Astro Awani: Rahsia Isa Abdullah kurang 40kg berat badan.

JK1M #3 Kick Off Venues Untuk 13hb September

$
0
0

Berikut adalah butir venue dan masa JK1M kick-off untuk kawasan masing-masing. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan yang lain, anda boleh terus berhubung dengan team leader kawasan berkenaan.

Belum daftar? Hubungi team leader pilihan anda atau terus daftar di http://kevinzahri.com/jk1m
Kawasan dan Negeri Team Leader Contact Info? Venue Masa
AYER KEROH, MELAKA MOHD AMIR KHUSHAIRI B. MOHD DAUD 013-4382124 DEWAN MPHJT BUKIT BERUANG 9pagi-3petang
Kuala Lumpur Atilia 0192081732 Yogaonethatiwant Studio, E3A01, Level 3A, East Wing, Metropolitan Square, Jalan PJU 8/1, 47820 Petaling Jaya 2PM
Taiping Perak Faiz Hamzah 0135062204 Taman Tasik Taiping 8.00 am
Kuantan,Pahang Ain 0195244729 Dewan Gudang Resau(sebelah dewan Mat Kilau), Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang 8.30 pg – 12 tengahari
Kuala Terengganu,Terengganu Aiman 0139190614 Bilik Tenggol, Kompleks Belia Sukan Pasir Panjang, Kuala Terengganu Jumaat * 8 Pagi
Seri Kembangan , Selangor Azlan Alfian Rosli 0176665422 Pusat Sukan, Universiti Putra Malaysia 8am
Shah Alam, Selangor Ezuwan Shah 013-2761212 Auditorium 2, Aras 4, Institut Kepimpinan dan Pengurusan Kualiti, UiTM Shah Alam (di dalam bangunan Perpustakaan Tun Abdul Razak 2). 9am – 1pm
Kemaman, Terengganu Faizal Bin Muhammmad 0169518092 Kompleks Rakan Muda, Mak Lagam, Kemaman 8.30 pagi – 12 tghri
Kajang, Selangor Yun 013-6812393 Taman Tasik Cempaka , Bangi 8am
Bukit Jalil, Kuala Lumpur Muhamad Shafiq 0139483171 Bukit Jalil Park, Lebuhraya Bukit Jalil Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 7.00 a.m – 10.00 a.m
Seremban N.sembilan shahfazreen 0132832109 13 september : Jom Kurus & Jom Fit Dewan MPHTJ melaka
14 september : Taman Tasik Seremban
7.30 pagi
Petaling Jaya & Lembah Pantai, Kuala Lumpur Khairul (Cip) 013-3135386 Taman Jaya (berhadapan Amcorp Mall) 8 am – 11 am
Gombak Safarudin 0173117314 Lokasi 13/9, Hyperflex Fitness, Pusat Perdagangan Selasih, Gombak. 8.00am
Putrajaya 2 Gillian Benjamin 0129122657 Date : 13th September 2014
Venue : Everly hotel – Lake side (Alamanda, Putrjaya)
Time : 8:00am – 12pm
Things to bring : Yoga Mat, water bottle, face towel, medical report / doctor letter (for coach attention / in need of medical attention), ankle guard, knee guard, wrist guard (if needed).
Dress code : Sport attire, sport shoe.
7.30am
SKUDAI,JOHOR SITI KAMARIAH JAHRI 01125851704 BILIK KULIAH 1,FAKULTI ELEKTRIK,UTM 8.00a.m-12.00p.m
Kluang, Johor Fadhlul Hadi Fadhlul (TL) – 0169466591, Yanty – 012-2003274 Tasik Taman Seri Impian,
Taman Seri Impian,
86000 Kluang, Johor
(Selepas Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom)
8.00 am
KL Nana Al Haleq 019-3377712 The Space (The Dance Space)
F3-2 Plaza Damas,
Jalan Sri Haratamas 1,
Sri Hartamas, 50480
Kuala Lumpur
5.30pm
Wangsa Maju, Kuala Lumpur Haniff Gadaffi 0122308797 Kompleks MSN Setiawangsa
Jalan 6/27a
54200 Kuala Lumpur
Map here
Waze: Pangsa Murni
7:30 pagi
Ampang,selangor Amirul agam 018-2359358 (agam) , 018 373 1590 (eka zainal) Studio8 Setiawangsa
No 15-3 jalan setiawangsa 9a/55a
Taman setiawangsa 54200 Kuala lumpur.
8.00pagi-12.00t/hari
Kluang, Johor Fadhlul Hadi Yanty – +60122003274 Tasik Taman Seri Impian,
Taman Seri Impian,
86000 Kluang,
Johor
( Selepas Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Kluang)
8 am
seberang perai , pulau pinang izzat 0129464037 Mengkuang Dam , Bukit Mertajam, pulau pinang 1500h
Pasir Gudang, Johor Musz (016 7704933 Musz) (012 7963169 Alham) UTM Skudai
Bilik kuliah 1
Fakulti Kejuruteraan Elektrik
9.00 pagi
Subang Jaya, Selangor Mohd Firdaus Akhimullah 013-6746308 Bilik Lekir, Aras 1 Kompleks 3C, Majlis Perbandaran Subang Jaya
Taman Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya
8 am – 10 am
Kuching,Sarawak Nazim Bujang 0168995575 Levelup Fitness, Wisma Everrise, Jalan Petanak 2 petang
Seri Iskandar,  Perak Isa Abdullah 0124549458, 01126490067, 0178669751 Pusat Kayak,  Taman Tasik Universiti Teknologi Petronas (UTP),  Seri Iskandar, Perak.

Tempat meletak kenderaan: di parking area bersebelahan dengan Petronas UTP.

8.00am
Kota Kinabalu, Sabah Kevin Andrew 0138346231 JuaraGym, Juara Sport Village, Jalan Ketiau-Tombovo, 88200 Putatan, Sabah

– 5.873386954792479,116.05778428180075(Juara Gym)

4.30 petang
johor bahru nu’aim bin a’denar 0126104592 Court bola tampar, rtm johor bahru, jalan kolam ayer, johor bahru. 8.00am-11.00am
Puchong, Selangor Esfah Lili Jafri 012-6201851 Taman Bukit Jalil. Meeting spot is in front of Rumah Malaysia. Please use the gate entrance which is near the Asian Football Confederation as it is nearer to the meeting spot.  There’s plenty of parking space inside. 7.30am
Semporna, Sabah Rasywan 012-8202158, 014-6706939 Fit Me Up, Wisma Hj Lais, Tingkat 2, Block B, ps112, 91308, Semporna, Sabah. 2:00 – 4:00
Damansara , Selangor Fafau @ Adam 0172516355 Sports Planet Kota damansara .  Plaza-1 Sunsuria Avenue, Persiaran Mahogani PJU5, 47810 Petaling Jaya, Selangor. 8.30 am
Kelana Jaya, Selangor Harizon Ramli 0129340017 Sesi akan pertama iaitu fitness test akan dilakukan di :

 

Oxygen Specialized Gym

10-2 & 10-3 jalan pjs 18/A

Taman Maju Jaya

46000 Petaling Jaya

Selangor

8.30 pagi sehingga tamat
Ampang 2, Selangor Zack Zakwan 0123337927    0173230093 Fitlife Gym & Training Center No 1-2 Jalan 3/76D, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur.
(Atas kedai kasut BATA, belakang MCD Desa Pandan)
10am-2pm
Sepang, Selangor Hazirim Mustapha 0126428768 Taman Awam Nilai, Bandar Baru Nilai 8.00 am
Kuala Kangsar, Perak zunairah 0149084379 Dewan Banquet,
Kompleks Kementerian Dalam Negeri Perak, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak
1.00pm
Ipoh, Perak Adly Cekods 0175150096 Dewan Banquet,
Kompleks Kementerian Dalam Negeri Perak, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak
1.00pm
Sungai Petani, Kedah Nazrin Nasser 0195129640 Max Power Gym & Fitness Studio
No 47 A, no 45 A 1st floor, lorong BLM 6/2, bandar laguna merbok,08000 sungai petani, kedah
*Berdekatan shell & petronas Laguna Merbok
9.00am – 11.00am
Kota bharu,kelantn Azizol 0145112208 Taman tengku anis,kota bharu, kelantan darul naim 8.00pg-12pm
Bangi, Selangor Wan Fadhilah 019-2996667 /  013-7319319 Indoor Volleyball court, Maybank Academy, Bangi 8.15am
Penang Island, Pulau Pinang Elly Elfiq 0124195869 Kompleks Belia & Sukan Batu Uban (opposite main gate USM) 8:00am-12:00noon
Cyberjaya, Selangor Mohamad Ashraf Hasim 013-6301490 Taman Tasik Cyberjaya.
Waze: I’ve sent you a location: JK1M Cyberjaya!, drive there using Waze: http://waze.to/lr/hw2828yrkg
730AM
taman titiwangsa, kuala lumpur fadzilshar 0123453425 Celebrity Fitness wangsa walk,
G33a,wangsa walk mall, jalan wangsa perdana 1,
53300 wangsa maju, kl
14 sept( 8am)
Cheras, KL Ahmad Zamani Mohd 0163332182 Dewan Cempaka, Pusat Belia Antarabangsa, berhadapan HUKM, Cheras. 10.00 pagi
Nilai,Negeri Sembilan Sharina Nadia 0168030969 Dataran Nilai 07.00am

The post JK1M #3 Kick Off Venues Untuk 13hb September appeared first on KevinZahri.com.


6 Senaman Punggung JK1M di Wanita Hari Ini TV3

Welcome Video Peserta JK1M Musim ke3

Acik Hanafz : Back On Track!

$
0
0

Hi Assalamualaikum. Hari ni dah mula kick off untuk program Jom Kurus 1 Malaysia musim ke-tiga dan Alhamdulillah Acik berpeluang untuk join lagi! Yeay!!

Cardio session!

Cardio session dengan team baru!

Dengan team leader dan kumpulan yang berbeza Acik sertai untuk kali kedua cabaran ni dan semestinya mempunyai pendekatan dan cara yang berbeza dari yang sebelum ni. Tujuan of coz lah nak kurus, turunkan berat badan dan sihat. Tapi yang sukar untuk kita dapat is support system yang besar macam family JK1M ni. Satu Malaysia kot!

Bersama TL JK1M #3 Wangsa Maju

Bersama TL baru, Haniff Gadaffi

Macam2 aktiviti menarik masa JK1M lepas yang Acik dan team Wangsa Warriors lalui bersama dan insyaAllah kali ni  akan bersama team Wangsa Maju Troopers  pulak untuk enam minggu  akan datang dengan team leader Haniff Gadaffi.

Flashback

Antara peserta JK1M season lepas yang turut menyambung berjuang. gtew!

Antara peserta JK1M season lepas yang turut menyambung berjuang. Gtew!

Sebelum ni kalau masih ingat Acik mention starting weight dengan e-book on December 2013 is 114kg dan berakhir dengan berat 109 kg after 5 minggu. Memang betul2 ikut guideline dari e-book yang Kevin Zahri bagi dalam module yang 5kg 5minggu. Lepas tu pause sampai masuk JK1M Musim 2, March 2014 dengan berat 109.7kg dan berjaya turunkan berat ke 103.7kg sepanjang enam minggu kerahan tenaga tersebut. HAHA takde lah kerahan tenaga sangat.

Naik Turun

Best friend sekarang. Reward diri pun pentingggg!

Best friend sekarang. Reward diri pun pentingggg!

Sepanjang Ramadhan dan Syawal Alhamdulillah mungkin jugak disebabkan berada ditempat orang yang sah-sah takde bazor romadhon segala, Acik berjaya turunkan berat hingga 95kg which is almost 20kg weight loss dari starting weight Acik. Tapi tersasar jugak bila balik sini (eksaited bau makanan halal, HAHA) end up sekarang berat Acik 99.7kg, jadi untuk rekod JK1M, Acik dapat kurangkan 10kg dalam tempoh 6 bulan. Nak cakap kat sini, bukan senang nak stay istiqamah yang penting stay focus dan sentiasa cari ruang untuk “back on track”. But its still no the end of the world. Anda masih mampu mengubahnya. Acik masuk balek JK1M, so Acik boleh back on track bersama-sama rakan2 baru untuk capai berat badan yang ideal dan sihat dengan izin Allah.

Current Progress

PhotoGrid_1410589343575

Baju pertama yang dapat beli dikedai biasa. Selalunya tempah atau beli dikedai “Big-Size”

Alhamdulillah, walaupun berat naik turun macam tu, untuk kekalkan motivasi diri saya cuba untuk tengok hasil usaha2 ni dari sudut lain contoh yang paling jelas saya dah boleh beli baju kat kedai2 biasa, turunkan saiz dari 4XL ke 2XL.

larian 5km pertama Acik ditemani adik & kakak

larian 5km pertama Acik ditemani adik & kakak

Kalau dulu saya memang meremang bulu roma bila diajak / suruh / pujuk berlari, sekarang saya yang semangat masuk website2 yang banyak sediakan track untuk berlari ni. Takde lah lari beriya tak berhenti, but still teruskan langkah sebab sape je nak bawak kau sampai ke garisan penamat melainkan kaki sendiri kan? Kalau ambulan datang amek tu dah lain cerita la HAHA.

My second 5km run for Fit Malaysia Running Event.

My second 5km run for Fit Malaysia Running Event.

Mungkin progress saya agak lambat tapi apa yang saya diajar oleh Kevin biar lambat tapi berkualiti. Sekarang masih mendidik diri dengan makanan dan rutinkan untuk sentiasa berpeluh dan kekal cergas. Salah satu lagi cara nak kekal bermotivasi, follow lah instagram mereka2 yang dah berjaya macam contoh @azreen_ariffin dan yang sedang berusaha jugak dalam buat tranformasi diri dan saya sangat kagum @aizat225 ! Go chase your dream body to be healthy and fit.

 

JOM FIT!  

Acik Hanafz

The post Acik Hanafz : Back On Track! appeared first on KevinZahri.com.

Pendaftaran JK1M musim ke3 akan tutup pada 19 Sept 2014.

Gambar Sessi Jom Kurus di Johor

Zuhara Kurangkan 40kg dalam 2 tahun.

$
0
0

Zuhara binti Zainal Abidin

  • Umur: 33 tahun
  • Tinggi: 157cm
  • Berat Asal: 111kg
  • Berat Sekarang: 70kg
  • Pencapaian: kurang 55kg dalam 18 bulan
  • Kerjaya: Bekerja sendiri
  • Facebook: zuhara.zainal.abidin
  • Instagram: @zuharaza
Ingin kurang berat badan?

Jika ada sebarang persoalan atau apa sahaja, bolehlah hubungi saya di zuharafreelance@gmail.com

Assalamualaikum para pembaca.. Saya, Zuhara bt Zainal Abidin, berumur 33 tahun dan tinggal di Nilai, Negeri Sembilan. Sepanjang hidup saya memang berat berlebihan, bermula pada usia 13 tahun. Semasa kecil saya memang seorang yang sangat kurus hingga merisaukan keluarga. Ini kerana, saya tidak suka makan nasi dan sayur. Bermula usia 13 tahun, berat saya semakin bertambah dan bertambah dan tidak pernah kurus lagi sehinggalah sekarang. Saya bukanlah seorang ‘food addict’ tetapi saya memang tidak pernah ambil pusing tentang apa yang saya makan atau kuantiti makanan yang diambil. Selagi perut tidak penuh selagi itu saya akan makan sehingga betul-betul kenyang dan sengkak. Itu belum lagi dicampur dengan amalan suka minum minuman manis dan tidak suka langsung mengamalkan minum air putih (air kosong). Semasa umur belasan tahun, saya boleh minum air coklat kesukaan saya sebanyak satu jug besar seorang diri. Minuman coklat itu boleh habis satu tin dalam masa kurang seminggu!!

Dari segi aktiviti fizikal juga, saya memang bukan seorang yang suka bersukan atau aktif bersukan. Walaupun ada ketikanya saya ke sekolah menaiki basikal, tetapi itu bukanlah apa yang saya kategorikan sebagai ‘senaman’. Sesekali saya juga akan bermain badminton bersama adik-adik dan kakak-kakak saya tetapi bermain secaa santai sahaja.

Semakin lama, dari tahun ke tahun, berat saya semakin bertambah dan bertambah sehinggakan dari 2 angka mencecah ke 3 angka dalam masa beberapa tahun sahaja. Kemuncaknya pada awal Januati 2012, di mana penimbang saya menunjukkan angka 111kg. Pada waktu tersebut saya sangat terperanjat melihat angka tersebut dan secara tiba-tiba bertekad untuk terus berbuat sesuatu untuk menurunkan berat badan. Di dalam masa 2 bulan lebih, berat saya berjaya diturunkan sebanyak beberapa kg.

Banyak masalah yang telah saya alami apabila mempunyai berat badan obese. Di antaranya kesukaran mencari pakaian yang sesuai dengan saiz badan dengan harga yang berpatutan. Badan besar juga menyebabkan saya tidak membeli baju raya selama lebih 10 tahun kerana mahu menunggu badan kurus dahulu. Akibatnya saya kerap memakai pakaian yang sama berulang kali.

Walaubagaimanapun, titik permulaan proses perjalanan menurunkan berat badan saya bermula dengan program Cikgu Fitness Malaysia, iaitu En. Kevin Zahri.

Apa yang anda belajar dari Kevin Zahri

Saya memulakan perjalanan menurunkan berat badan secara serius pada 2012, iaitu apabila satu hari saya terbaca di satu majalah tentang satu pertandingan menurunkan berat badan selama 6 minggu. Sebaik sahaja saya membaca iklan tersebut, saya terus mengisi borang permohonan secara online dan beberapa minggu selepas itu, saya menerima berita gembira melalui emel yang mengatakan saya diterima menjadi salah seorang peserta program berkenaan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa program tersebut amat membuka mata saya tentang kesihatan badan secara menyeluruh. Buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya belajar tentang apakah itu kalori, lemak, jenis lemak dalam badan, cara pemakanan yang betul dan sesuai, dan pelbagai informasi berguna lain yang tidak pernah saya ambil tahu sebelumnya. Saya memulakan azam untuk menukar gaya hidup saya kepada lebih sihat dan aktif.

Program tersebut juga sangat menarik minat saya kerana setiap minggu pelbagai aktiviti menarik dilakukan seperti paintball, larian 10km, seminar kesihatan, senamrobik, jungle trekking, cycle and hunt. Kesemua aktiviti ini sangat menarik pada pandangan saya kerana secara peribadinya saya belum pernah melakukan aktiviti-aktiviti tersebut sebelum ini, Jadi itu juga di antara sebab mengapa saya sangat berminat menyertai program tersebut. Alhamdulillah kesemua program tersebut berjaya dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Malah saya juga menerima ramai rakan baru melalui program ini.

Sejak 2012-2014, sebanyak empat kali program anjuran kevin zahri yang telah saya ikuti. Dan saya berjaya menurunkan banyak berat badan semasa berlangsungnya kesemua program tersebut. Tidak keterlaluan untuk dikatakan program Kevin Zahri sangat membantu saya dan ianya sesuatu yang tidak akan saya lupakan sehingga akhir hayat saya.

Amalan gaya hidup dan diet sebelum sebelum berjaya kurang berat?

Sebelum 2012, seperti yang dinyatakan sebelum ini, saya memang makan apa sahaja tanpa rasa bersalah. Saya tidak pernah langsung memikirkan tentang kalori yang diambil mahupun yang dibuang. Saya tidak menganggap diri saya seorang yang cintakan makanan (food lover/food addict) kerana saya rasa cara pemakanan saya tidaklah keterlaluan. CUma satu sahaja masalah besar yang saya hadapi iaitu kesukaran meminum air putih dan kecintaan saya meminum air manis dan bergula tinggi. Sangat sukar untuk saya tinggalkan minuman manis di mana sahaja saya berada.

Satu lagi masalah ialah tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal khusus sebagai senaman. Gaya hidup sihat tidak pernah berada dalam diari hidup saya dan saya tidak begitu ambil peduli tentang perkara tersebut. Keluarga saya juga ramai yang berlebihan berat badan dan kami sama-sama tidak mengambil sebarang inisiatif untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

Sebagai seorang yang obese, sudah tentu dahulunya saya sangat terpengaruh dengan pelbagai iklan produk untuk menguruskan badan. Samada produk sapuan, makanan, minuman atau mesin, hampir kesemuanya saya sudah cuba. Semuanya tidak pernah menjadi, malah ada yang menyebabkan saya makan semakin banyak. RIbuan ringgit telah dihabiskan, malah kesihatan juga turut terancam akibat memasukkan pelbagai jenis bahan kimia dalam badan. Saya tidak pasti kenapa produk-produk tersebut tidak berjaya membantu saya menguruskan badan, samada saya tidak betul-betul berdisiplin semasa mengamalkannya atau sememangnya produk tersebut tidak sesuai untuk saya.

Amalan Diet Untuk Kurangkan berat badan?

Sebaik sahaja menyertai program anjuran Kevin Zahri tersebut, saya banyak belajar untuk mengurangkan berat badan secara sihat dan teratur. Pemakanan seimbang dan diet yang betul mual saya praktikkan.

Satu perkara yang banyak saya ubah semasa menyertai program tersebut adalah dengan banyak memakan sayur-syauran serta memasaknya dengan cara yang lebih sihat. Jika dahulu semuanya digoreng dengan minyak yang banyak, kini semuanya direbus, dikukus dan dibakar secara sihat. Rasanya lebih sedap dan kepuasan menikmati makanan juga lebih dirasai. Selain banyak makan sayur dan mengurangkan daging merah, saya juga mula belajar makan buah setiap hari. Jika dahulu saya jarang makan buah, tetapi kini saya akan makan sekurang-kurangnya sebiji oren dan epal setiap hari. Air putih juga saya cuba untuk ambil lebihlagi berbanding sebelumnya, namun kebanyakan hari memang saya hanya ambil sedikit sahaja kuantiti air putih kerana tidak biasa.

Di antara menu yang sering saya ambil setiap hari adalah ayam bakar dengan sayur campur bakar. Ini merupakan antara menu kesukaan saya. Roti juga saya sering ambil samada roti putih atau roti mil penuh (wholemeal). Roti ini kadang-kadang saya bakar dan makan bersama kaya atau bersama sandwich sardin. Sekali sekala saya akan makan nasi juga, bukanlah membuang terus nasi dari menu utama saya.

Saya juga banyak minum susu low fat kerana susu juga antara menu kegemaran saya. Selain rasanya yang memang sedap dan sesuai dengan tekak saya, ia juga sangat baik untuk tulang saya.

Apakah bentuk senaman yang anda amalkan?

Senaman juga mula saya praktikkan setiap hari. Semasa program tersebut, saya kerap menaiki basikal statik (stationary bike) setiap hari dan joging beberapa kali seminggu. Saya jarang pergi ke gym kerana tiada minat dan oleh kerana itu saya lebih suka menaiki stationary bike sahaja kerana saya suka berbasikal. Ianya memberi satu jenis kepuasan yang berbeza buat diri saya berbanding sukan lain. Joging juga sering saya lakukan pada awal pagi atau lewat petang untuk membakar lemak dan menggerakkan badan secara keseluruhan.

Saya juga mula mengenal sauna pada awal program ini dan kerap melakukan sauna, dalam 3-4 kali seminggu. Saya sangat suka bersauna kerana badan saya snetiasa rasa segar selepas bersauna dan lenguh-lenguh badan juga berkurangan.

Kini, sejak awal 2014, saya juga sering mengikuti kelas aerobik dan zumba anjuran gym dan individu di sekitar Nilai. Ia bukanlah antara aktiviti kegemaran saya tetapi ianya alternatif yang bagus kepada basikal dan joging. Sesekal kita harus juga bertukar jenis senaman supaya tidak cepat bosan.

Saya juga mula mengamalkan senaman circuit training samada di rumah atau pun semasa melakukan aktiviti di luar. Ia juga sesuatu yang baru bagi saya dan saya sukakannya, walaupun ada di antaranya yang agak sukar untuk saya lakukan.

Satu lagi ialah saya suka menyertai program larian samada untuk ‘charity’ atau anjuran syarikat-syarikat yang berkaitan. Walaupun saya tidak suka joging atau berlari, tetapi semasa berlari di dalam program tersebut ia memberi saya masa kepada diri saya sendiri untuk memikirkan tentang kehidupan dan apa yang saya hendak lakukan di dalam hidup.

Adakah anda gunakan suplemen?

Saya pernah menggunakan beberapa jenis produk menguruskan badan untuk membantu menurunkan berat badan. Tetapi hampir kesemuanya tidak berkesan dan jika berkesan pun hanya menurunkan sedikit sahaja berat badan saya. Saya pernah mencuba yang murah, yang mahal, produk tempatan mahupun antarabangsa, namun saya sering kecewa dengan hasil yang diperoleh. Saya tidak mahu menyebut nama-nama produk tersebut tetapi saya yakin untuk berkata kesemuanya bukan untuk saya.

  • Sertai aktiviti riadah yang bersesuaian dengan minat anda (larian, zumba, aerobik, dll). Boleh juga menyertai pertandingan khusus untuk menurunkan berat badan seperti cabaran yang saya masuk anjuran kevin Zahri (Cabaran SIhat, Jom Kurus, Jom Kurus 1 Malaysia). DI samping mengurangkan berat badan, anda juga boleh mendapat rakan fitness baru yang sama-sama berjuang dan memahami apa yang anda lalui.
  • Jangan ‘skip’ makan secara sengaja, atau laparkan diri anda untuk kurus. Sangat tidak berbaloi malah boleh membahayakan kesihatan anda.
  • Amalkan minum air putih. Walaupun mudah untuk menyatakannya namun sangat sukar untuk melakukannya. Saya amat tahu tentang ini kerana saya sendiri seorang yang agak degil untuk membanyakkan minum air putih.
  • Jangan pedulikan dengan sindiran sinis, perli, sikap negatif orang lain terhadap apa yang anda mahu buat. Tekadkan dalam hati anda membuat semua ini untuk diri sendiri dan bukan orang lain. Positifkan minda dengan membaca ayat-ayat motivasi dari orang yang berjaya dalam menguruskan badan dan ingat kata-kata tersebut. Selalunya ada rakan-rakan atau ahli keluarga yang mungkin bersikap negatif terhadap perubahan yang anda ingin lakukan. Jangan tunduk pada sindiran mereka!
  • Bacalah pengalaman orang lain dalam perjalanan mereka mendapatkan berat yang diingini. Jangan segan bertanya tips-tips mereka dan cuba amalkan sendiri.
  • Belilah e-book yang ditulis oleh Sifu KEVIN ZAHRI kerana kesemuanya amat membantu dalam perjalanan anda untuk mendapatkan kesihatan yang terbaik. Anda tidak rugi walau satu sen pun, malah bakal mendapat banyak ilmu dan manfaat berguna.

The post Zuhara Kurangkan 40kg dalam 2 tahun. appeared first on KevinZahri.com.

Terengganu Scientific Conference: Jom Kurus Methodology

$
0
0

As part of the 5th Terengganu Scientific Conference 2014 for innovative approach to healthcare, I was invited to share my weight loss seminar methodology or popularly known as “Jom Kurus”. The conference was organized by the Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu and attended by doctors and other medical professionals.

For more information or to engage me for your event, visit my corporate wellness page.

 

terengganu-scientific-conference-2014-1 terengganu-scientific-conference-2014-2 terengganu-scientific-conference-2014-3 terengganu-scientific-conference-2014-4 terengganu-scientific-conference-2014-5 terengganu-scientific-conference-2014-6 terengganu-scientific-conference-2014-7 terengganu-scientific-conference-2014-8 terengganu-scientific-conference-2014-9 terengganu-scientific-conference-2014-10 terengganu-scientific-conference-2014-11 terengganu-scientific-conference-2014-12 terengganu-scientific-conference-2014-13 terengganu-scientific-conference-2014-14 terengganu-scientific-conference-2014-15 terengganu-scientific-conference-2014-16

The post Terengganu Scientific Conference: Jom Kurus Methodology appeared first on KevinZahri.com.


Futsal Tournament JK1M Musim ke3.

$
0
0

Futsal Tournament JK1M Musim ke3 pada 11Okt 2014 di Sports Planet, Kota Damansara. Hanya open kepada peserta #jk1m musim ke3. Utk pendaftaran dan info lain, sila berhubung dgn Firdaus 013-674-6308 atau Naailah 017-300-9090.

Untuk pelbagai event dan tawaran untuk peserta JK1M, visit our event page.

The post Futsal Tournament JK1M Musim ke3. appeared first on KevinZahri.com.

Amirul Agam kurangkan 33kg dalam 6 bulan.

$
0
0

Muhamad Amirul Agam Bin Iryadi

  • Umur: 22 tahun
  • Tinggi: 173cm
  • Berat Asal: 98kg
  • Berat Sekarang: 65kg
  • Pencapaian:
    Kurangkan berat 33kg dalam 6 bulan
    Freelectics Malaysia
    Teamleader JK1M
  • Kerjaya: Technician Hotel
  • Facebook: amirulagam
  • Instagram: @amirulagam
Ingin kurang berat badan?

Dilahirkan sempurna pada tahun 1992, kemudian membesar seperti kanak-kanak yang lain. Pada tahun 1999 permulaan masuk sekolah rendah darjah satu badan / berat saya mula naik tanpa segan silu,sehingga saya masuk ke alam persekolahan menengah,saya berjaya turun berat badan kerana aktif dalam aktiviti sukan disekolah.

Setelah tamat SPM,saya melanjutkan pelajaran di JB ,sebuah kolej swasta (2010). Disini bermula kisah hitam saya, naik berat badan dengan mendadak tanpa saya sedari. Boleh dikatakan saya makan nasi waktu zaman kolej 5 kali sehari dan tak kira waktu, biasalah zaman kolej selalu tidur lewat,melepak mamak tengok bola,waktu tu confirm makan tak ingat dunia.

Pada tahun 2012, selepas saya tamat pembelajaran di JB, saya dapat tawaran kerja,yang mana saya perlu pergi medical checkup untuk pastikan tahap kesihatan saya dalam keadaan baik sebelum memulakan kerja. Tahu tak apa doktor tu cakap ? dia cakap.

“… Awak ni umur baru 20 tahun tapi berat dah 98kg, kalau awak cecah 100kg saya berani jamin awak akan dapat penyakit jantung …”

Wow!! pedih gila dengar leteran doktor,dan doktor cakap saya ditahap obesiti pertama. Waktu tu saya tak peduli pun doktor cakap apa,janji saya lulus ujian medical untuk masuk kerja.

Bila dah masuk kerja bahagian kejuruteraan ni, confirm lah banyak panjat guna tangga,nak jadikan cerita, tangga saya naik tu patah. fuhh !! betapa berat nya saya.. Tapi masih tak sedar. bila saya sedar?? bila saya perasan,waktu nak naik tangga dari ruang tamu ke bilik, yang hanya ade beberapa anak tangga tapi saya mengah yang teramat.

Waktu tu mula teringat pesanan doktor, adakah saya akan hidap penyakit jantung? Kalau jadi apa-apa pada saya bila kene penyakit yang boleh bawa maut ni,siapa nak jaga keluarga?? Keesokan harinya,saya mula langkah pertama, saya jogging dikawasan rumah tapi mampu lakukan 10 minit je dah mintak nyawa. hahaha . Memang giveup rasanya. Kemudian pada waktu malam,saya mula cari di internet,macam mana cara untuk kurus dan sihat tanpa perlu ke gym dan ambil personal trainer.

Sebab apa saya tak nak pergi gym?

Sebab konfiden level! Malu nak pergi gym sebab badan gemok gile!! Kenapa tak nak ambil personal trainer? Sebab saya tak mampu untuk bayar yurannya. Tapi itu bukan alasan untuk saya tak boleh berubah. Jadi cari punya cari,saya jumpa senaman yang boleh dilakukan dirumah,sebenarnya banyak je senaman yang boleh dilakukan dirumah dengan percuma ,tinggal kita semangat atau tidak je untuk melakukannya.

Senaman yang saya lakukan bernama FREELETICS,senaman hight intensity interval training dan tinggal menggunakan sebarang peralatan. saya mula melakukan selama seminggu.semua dalam keadaan terkawal. kemudian saya mula untuk mencabar diri saya, saya buat cabaran untuk diri, saya ingin melakukan senaman ini selama 6 minggu dan perlu turun 10kg.

Saya hanya melakukan senaman dirumah dan taman permainan tanpa mengeluarkan duit dan tidak memerlukan peralatan. Amat sesuai dilakukan dirumah,taman permainan dan sebagainya,anda hanya perlu ruang yang sedikit sahaj untuk melakukannya kepada mereka yang nak cuba senaman ini, you guys boleh download APPS FREELETICS di Android dan iOS.

Bila dah turun 10kg semangat makin bertambah!

Alhamdulillah selepas 6 minggu saya turun 10kg dengan melakukan senaman dirumah sahaja! Wow!! Bila dah turun 10kg semangat makin bertambah. Saya mula mencabar diri saya untuk melakukan cabaran 15 minggu freeletics. Selepas selesai cabaran, alhamdulillah saya berjaya turun total lebih 30kg dari berat asal dengan melakukan senaman dirumah sahaja.

…saya terima kutukan dan kritikan seperti “hangat-hangat tahi ayam” , perkataan seperti itu buat saya tambah semangat

Apa yang anda belajar dari Kevin Zahri

Kevin Zahri banyak mengajar saya sebenarnya. Walaupun sewaktu proses penurunan berat badan saya, Kevin tidak mengenali saya pun dan saya tidak pernah jumpa Kevin. Tetapi dengan bantuan video Kevin Zahri, memberi tips bagaimana nak ambil nasi dengan betul dan perkongsian beliau mengenai berat air sangat membantu saya untuk turun berat badan kerana darisitu saya mula membina diet saya yang seimbang.

Pernah cuba suplemen popular!

Terus terang saya cakap,sebelum saya jumpa senaman yang boleh dilakukan dirumah,saya pernah cuba produk untuk kuruskan badan,terpedaya dengan gamba testimoni .saya habis hampir Rm300 tetapi hanya berjaya turun beberapa kg sahaj untuk 1 bulan.

Selepas tengok video kevin zahri yang menerangkan tentang suplemen hanya bantu buang berat air sahaja dari situ saya mula cari jalan yang lebih sihat untuk kurus.

Sepanjang saya melakukan transformasi berat badan, banyak juga saya terima kutukan dan kritikan seperti “hangat-hangat tahi ayam” , perkataan seperti itu buat saya tambah semangat.saya nak buktikan pada mereka yang selalu kritik perjalanan transformasi saya, Alhamdulillah mereka yang dulunya mengutuk saya ,sekarang mereka mintak tips bagaimana saya mampu menurunkan berat badan. selepas 10 bulan saya melakukan senaman ini, saya terfikir untuk berkongsi dengan orang kat luar,sebab saya percaya dengan wujudnya kelompok kumpulan untuk bersenam akan bertambah lagi semangat dan motivasi untuk kurus.

Freelectics Malaysia

Saya menubuhkan Kumpulan senaman untuk bersenam secara berkumpulan dikawasan ampang mulanya, kemudian merebak disekitar lembah klang dan sekarang hampir ke seluruh Malaysia. Kumpulan yang digelar FREELETICS MALAYSIA, alhamdulillah niat dari nak kurus dan sekarang saya mampu berkongsi sesuatu dengan orang ramai.

InsyAllah pahala menanti disyurga.

Bagaimana cara pemakanan saya?

Saya akan pastikan pengambilan kalori harian saya tidak akan lebih. Contoh kalori yang saya perlu ambil 1700kcal, jadi saya akan makan tidak melebihi 1700kcal atau lebih tepat 1500kcal.

Menu makanan saya.

  • Sarapan pagi- Capati , teh tarik (gula baik untuk mulakan kerja harian) dan 2 gelas air suam.
  • makan t/hari- nasi (segenggam) , ayam , sayur dan juga 4 gelas air suam ( 3 gelas air suam sebelum memulakan suapan)
  • malam (sebelum 7.00pm)- tossei,telur rebus 2 biji (putih sahaja) dan air suam 4 gelas ( 3 gelas air suam sebelum memulakan suapan)
  • snek malam (10.00pm)- apple hijau.
  • elakkan tidur lewat malam kerana tidur lewat akan membuat anda rasa lapar.
  • cheatday (makan apa sahaja tetapi tidak lebih had, contoh saya menikmati KFC tapi bukan 3 ketul tetapi 1 ketul sahaja)

Tips yang saya ingin berikan.

  1. Semangat: Jika anda mempunyai semangat untuk berubah,pasti anda akan berjaya .
  2. Motivasi: cari Seberapa banyak motivasi yang boleh buat anda bersemangat dan tidak giveup.macam saya dulu suka tonton video transfomasi badan dari youtube untuk beri motivasi.
  3. Disiplin: anda kena ada displin yang tinggi untuk pastikan anda berjaya turunkan, disiplin dari segi pemakanan dan senaman.
  4. Target: kene ada target baru boleh berjaya,contoh macam saya target nak turun 10kg dalam masa 6 minggu ,so saya push untuk capai target saya.
Akhir sekali pesanan saya tidur kene cukup sepanjang progress anda dan diet perlu bijak untuk capai matlamat anda.

The post Amirul Agam kurangkan 33kg dalam 6 bulan. appeared first on KevinZahri.com.

FitsKool Program MRSM Sandakan

$
0
0

FitsKool atau “Fit is Cool” adalah program kecergasan bersama Kevin Zahri khusus kepada pelajar sekolah menengah untuk memberi pendedahan kepada kepentingan kecergasan minda dan fizikal dalam menjadi pelajar cemerlang. Kevin sendiri pernah menjadi pelajar MRSM yang aktif dan juga mencapai keputusan cemerlang dalam SPM dll. Berikut adalah beberapa gambar program 1hari bersama MRSM Sandakan. Untuk lebih gambar, layari gallery Flickr.

Ingin jemput Kevin untuk program FitsKool atau Corporate Wellness? Hubungi Kaka di 019 282 7820 atau gunakan online contact form.
fitskool-mrsm-sandakan-1 fitskool-mrsm-sandakan-13 fitskool-mrsm-sandakan-9 fitskool-mrsm-sandakan-2 fitskool-mrsm-sandakan-16 fitskool-mrsm-sandakan-3 fitskool-mrsm-sandakan-12 fitskool-mrsm-sandakan-14 fitskool-mrsm-sandakan-4 fitskool-mrsm-sandakan-5 fitskool-mrsm-sandakan-6 fitskool-mrsm-sandakan-7 fitskool-mrsm-sandakan-8 fitskool-mrsm-sandakan-10 fitskool-mrsm-sandakan-11 fitskool-mrsm-sandakan-15

The post FitsKool Program MRSM Sandakan appeared first on KevinZahri.com.

Jom Mantap: Experience Talk Untuk Kurangkan Berat Badan

$
0
0

Registration dan pembayaran boleh dibuat seperti berikut:

  1. Watsapp/SMS maklumat peribadi anda kepada Dd (019-2463779)
  2. Berikan details peribadi anda seperti:
    Nama:
    Email:
    H/P No.:
  3. Bukti Pembayaran: Pembayaran boleh dilakukan ke akaun berikut: Nur Adilla binti Abd Rahaman (Dd) – Maybank 164137462414 / CIMB 7003641593

Good news kepada semua. Kami menyediakan event ‘Experience Talk: Weight Loss & Fitness Sharing Session’ bersama-sama individu hebat yang telah mengurangkan berat badan mereka! Dari 220kg-140kg; dari 120kg-69.7kg; dari 105kg-60kg dan dari 75kg-55kg.

Ayuh join Jom Mantap “Experience Talk : Weight Loss & Fitness Sharing Session” seperti berikut:

Date : 9 October 2014 (Thursday)
Time : 8.00pm – 8.30pm : Registration
8:30pm – 9.30pm : Experience Talk
Venue : Auditorium PCMC, Level 1,
Prince Court Medical Center,
Jalan Kia Peng,
Kuala Lumpur
Fees: (1) Peserta JK1M3 : RM10 sahaja
(2) Peserta Luar : RM15 sahaja

Kelebihan Program : Anda juga boleh bertanyakan tips hebat dan bersua muka dengan mereka yang telah mengurangkan berat badan yang banyak dan bertanyakan cara-cara mereka untuk fit dan mengekalkan lifestyle yang sihat!!!

The post Jom Mantap: Experience Talk Untuk Kurangkan Berat Badan appeared first on KevinZahri.com.

JK1M Photo Contest: RM1000 Grand Price

Viewing all 745 articles
Browse latest View live