5kg seminggu? 8kg seminggu? 10kg seminggu?
Dari masa ke semasa, dunia social media akan viralkan kisah kurangkan berat badan that sound too good to be true.
13kg Seminggu!
Termasuk dalam program Jom Kurus yang saya anjurkan sejak 2013, sering kedengaran kisah peserta kurangkan jumlah berat badan yang besar dalam masa seminggu. Sampai 10kg atau 13kg seminggu pun ada. Malah pemenang Cabaran Jom Kurus kami sering kurangkan lebih dari 20kg dalam program 6 minggu setiap musim.
Ia sering menimbulkan kecurigaan para peserta yang terkeliru dan berkata “ia tidak sihat” dipermainkan keadaan dan cara peserta itu yang mempermainkan keadaan, terutama berat air badan.
Jadi jangan tertipu dan diperguna.
Objektif video ini BUKAN lah untuk mengajar anda kurangkan berat badan dengan cepat MALAH ia bertujuan untuk memperkasa dan menyediakan anda apabila berdepan dengan kisah-kisah luar biasa yang sering diviralkan dan mengelirukan orang ramai.
Ingin kurangkan berat badan bersama saya? Join our Cabaran 30 Hari “Kurus”