Quantcast
Channel: Kevin Zahri – Pakar Kurus Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 745

Intermittent Fasting Diet di Malaysia. Bagus ke tidak?

$
0
0

Sejak 1-2 tahun yang lalu, ramai sering bertanya tentang amalan diet Intermittent Fasting atau IF untuk kurangkan berat badan. Jadi seperti diet Atkins dan diet lain, biarkan saya terangkan apakah diet atau amalan diet IF, impak untuk kurangkan berat badan dan pendapat saya secara am.

Penting: Sebelum saya cerita lebih panjang, saya bukan pengamal diet Intermittent Fasting. The only fasting yang saya amalkan adalah puasa Ramadhan. Tapi itu bukan bermakna diet IF tidak bagus.

Apa dia Intermittent Fasting?

Diet IF adalah cara pemakanan yang melarang pengambilan makanan pada waktu-waktu tertentu. Tapi berbeza dengan amalan puasa Ramadhan, diet IF benarkan anda minum air kosong atau sumber yang tidak berkalori seperti kopi tanpa semasa “berpuasa”.

Jenis diet IF?

Terdapat beberapa jenis atau cara pengamalan IF.

  • 16:8. Ini mungkin yang paling popular di mana anda boleh makan antara jam 12pm hingga 8pm tapi perlu berpuasa 16 jam selebihnya beberapa kali seminggu.
  • 24jam. Di sini anda perlu elak makanan minuman berkalori untuk 24jam mungkin 1-2x seminggu. Sekali lagi – minum air dibenarkan.
  • 5:2. Lima hari seminggu anda dibenarkan seperti biasa tapi dua kali seminggu anda perlu hadkan pengambilan kalori kepada 500-600kcal sahaja.
  • Lain-lain. Tentu dengan tren-tren social media, akan ada pelbagai pendekatan tapi ia tetap fokus kepada kawalan waktu “berpuasa”.

Beza dengan puasa Ramadhan?

Seperti yang saya terangkan di atas dan video berikut, diet IF benarkan minum air dan sumber tidak berkalori semasa “berpuasa”. Bagi saya itu berbezaan yang besar dari segi amalan senaman dan dehydration.

https://www.youtube.com/watch?v=4_1pZutg4D8

Cara Diet IF kurangkan berat badan?

Penting: Mana-mana diet anda cuba bantu anda kawal atau kurangkan berat badan melalui kawalan pengambilan kalori dan water retention atau istilah lain – gemuk air.

Jadi dengan hadkan waktu makan, secara tak langsung ia kawal jumlah pengambilan seharian. Tidak jauh berbeza dengan buasa ramadhan, hasil kurang pengambilan kalori, ramai akan kurang berat dalam 2-3kg (tanpa bersenam di bulan puasa).

Air? Ok yang ini a bit more complicated. Majoriti badan adalah air. Tapi ia boleh fluctuate dan bergantung kepada beberapa faktor termasuk gula dan hormon insulin. Amalan puasa IF hadhkan pengambilan gula. Jadi ini stabilkan paras glukos darah dan “jatuhkan” hormon insulin dari paras biasa (
bukan berpuasa). Apabila hormon insulin “jatuh”, ia paksa badan untuk buang air berlebihan kerana kekurangkan gula dalam diet. Ini tidak jauh berbeza dengan diet Atkins atau diet Keto yang “mempermainkan” gula dan water retention badan.

So, sesuai Untuk anda?

Haha. Ini bergantung. Perubahan diet memang mencabar dan tidak mudah TAPI dalam jangka masa berpanjangan, ia perlu menggembirakan DAN bantu anda kawal berat badan.

Setiap diet, termasuk diet Intermittent Fasting, ada kisah kejayaan dan kegagalan. Ini bukan bermakna suatu diet bagus ataupun tidak. Ia soal PILIHAN dan KESESUAIAN. Jangan ikut suatu diet hanya kerana ia tren social media. Jangan ikut suatu diet hanya kerana ada kenalan berjaya dengan diet tersebut.

Nasihat saya.

Fahami lah asas penurunan berat badan. Fahami lah hubungan kalori dengan berat badan. Fahami hubungan diet dan gaya hidup dengan takungan air atau “gemuk air”.

Selepas itu, kaji suatu diet dan hubung-kaitnya dengan pemahaman anda. Dari situ anda boleh menilai dan sesuaikan diet dengan keperluan diri-sendiri.

Selamat mencuba.

The post Intermittent Fasting Diet di Malaysia. Bagus ke tidak? appeared first on Kevin Zahri.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 745