Mohd Nazrin bin Nasser
- Umur: 24 tahun
- Tinggi: 173.5cm
- Kerjaya: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kewangan) Universiti Sains Malaysia
- Berat Asal: 128kg
- Berat Selepas: 98kg
- Jangka Masa: 10 bulan
- Tinggi:173cm.
- Facebook: nazrin.nasser.
- Twitter: nazrinnasser.
- Instagram: nazrinfitness.
- YouTube: nazrin nasser.
- Laman Web: www.nazrinfitness.com.
Berat badan tertinggi pernah saya capai ialah 128kg. Setelah 5 tahun menbina lemak daripada 88kg semasa tingkatan 5 tahun 2007. Sehingga tahun 2013, berat saya bertambah sebanyak 40kg selepas tamat persekolahan. Semasa saya memiliki masalah berat lemak yang berlebihan, saya pernah cuba kurangkan. Tetapi tidak tahu cara yang betul. Berat badan tidak turun. Malah apabila saya tertekan, saya makan lebih banyak dan berat badan semakin naik. Begitu juga jika tidak cukup rehat, berat badan sukar turun.
“WHY” atau sebab untuk saya berubah hanya ada tiga:
- Ibu saya mengidap penyakit diabetes, berkemungkinan besar akan diwarisi jika tidak jaga kesihatan
- Badan terasa berat dan sentiasa penat dan malas untuk bergerak
- Selalu menjadi bahan ketawa rakan-rakan dan saudara mara.
Pada peringkat awal, saya lebih terdorong untuk berubah kerana rasa takut dan geram. Tetapi setelah saya nampak perkembangan diri saya semakin baik, saya menjadikan model dan juga pelakon yang memiliki bentuk badan yang menarik sebagai motivasi utama untuk berubah. Maka, saya sangat menikmati proses transformasi badan ini. Pada mulanya tertekan, akan tetapi semakin kurang lemak badan saya lihat di cermin maka semakin saya seronok. Tambahan pula, orang sekeliling menjadikan saya sebagai inspirasi mereka. Sebab itu juga saya terus berjuang untuk membantu lebih ramai orang yang ingin berubah.
eBook How to Lose 5kg in 5 weeks.
Saya telah membeli eBook Kevin Zahri “How to Lose 5kg in 5 weeks” lifetime package sejak lebih setahun yang lalu. Pada awal 2013. Juga pengikut FB dan blog Kevin Zahri untuk mendapatkan tips diet dan senaman, sebagai praktis untuk diri sendiri dan berkongsi kepada orang lain. Saya mula serius belajar dan mengamalkan segala ilmu pada April 2013. Cabaran Jom Kurus Raya 2014 selama 56 hari adalah program pertama yang saya sertai. Sepanjang hampir setahun tempoh pembelian eBook, saya sudah pun berjaya buang 30kg. Daripada 128kg ke 98kg. Alhamdulillah. Untuk program yang pertama ini, saya cabar diri untuk turunkan sekurang-kurangnya 12kg dalam masa 2 bulan.
Untuk program yang pertama ini, saya cabar diri untuk turunkan sekurang-kurangnya 12kg dalam masa 2 bulan
Pakej eBook beliau sebenarnya sudah cukup lengkap dengan ilmu asas untuk pengurusan berat badan, terutamanya kuruskan badan. Saya bermula dengan seorang yang cuba untuk turunkan berat badan tanpa ilmu yang betul. Dengan ebook panduan ini, telah membantu saya untuk capai berat badan yang saya idamkan. Tetapi, terus terang saya katakan, ia hanya membantu. Selebihnya adalah daripada diri kita sendiri.
Nafsu makan sentiasa bergelora? Memang susah.
Makan memang perkara yang menyeronokkan. Ia adalah lumrah hidup manusia. Nafsu makan sentiasa bergelora. Begitu juga saya. Sebelum berjaya kurangkan berat badan, makanan kegemaran saya:
1) Burger
2) Nasi Goreng
3) Nasi Lemak
4) Roti Canai
5) Kuih2 manis
6)Ayam KFC
7) Air Berkarbonat
8) Milo, Horlick susu pekat
9) ais krim
10) dan banyak lagi
Dan saya amat tidak suka bersenam. Tetapi itu bukanlah punca sebenar kegemukan saya. Sehingga sekarang pun, kadang kala saya masih menikmati makanan jenis ini, tetapi tidak selalu & kuantiti sederhana. Isunya adalah makan berlebihan. Semasa saya cuba menurunkan berat badan, saya “potong” terus semua perkara ini secara drastik dan amalkan pelbagai supplement “kurus”. Berjaya turunkan berat badan sedikit. Tetapi naik semuala. Saya tidak berjaya kekalkan. Gagal turunkan berat badan. Walaupun bersenam. Dimanakah silapnya?

Senaman semata-mata tidak cukup kalau diet tidak sehaluan.
Gagal turunkan berat badan. Walaupun bersenam. Dimanakah silapnya?
Kesilapan saya yang utama ialah; saya tidak pandai mengira keperluan kalori harian saya, dan bajet kalori pemakanan yang masuk ke dalam badan saya setiap hari. Walaupun mengambil makanan sihat dan senaman, saya tidak berjaya turunkan berat badan kerana kalori yang saya ambil lebih daripada kalori yang saya bakar (calorie surplus). Untuk kurangkan berat badan dan lemak, kita perlu kurangkan kalori daripada yang badan boleh bakar (calorie deficit). Itu kunci utama.
Bagaimana cara pemakananan saya? Saya makan tidak tentu masa. Apabila lapar dan dahaga, saya makan dan minum. Apabila kenyang saya berhenti dan tidak makan. Jika saya berasa seperti lapar, saya “check” dahulu sama ada saya betul-betul lapar atau sekadar dahaga. Jadi saya minum dulu. Jika masih lapar, baru saya makan. Sila ambil perhatian, kuantiti makanan saya mungkin tidak sama dengan orang lain. Ia bergantung kepada keperluan kalori masing-masing. Secara ringkas, menu dan masa hidangan saya:
- Breakfast (9 am): Biskut oat, susu rendah lemak / protein shake
- Snacks (11 am): Buah-buahan, air kosong
- Lunch (1pm): Nasi 1/2 pinggan, ayam goreng, sayur 1/2 pinggan, air kosong
- Snacks (4 pm): Kekacang, susu soya
- Dinner (7pm): Nasi daging merah, telur, air buah-buahan
- Supper (9pm): Protein shake atau buah-buahan
- Saya minum air kosong 500ml setiap satu jam. Anggaran 4 liter (jika tidak bersenam) atau 6 liter sehari (jika bersenam)
Senaman? Hybrid training.
Saya sudah lama tidak ke gym. Kadang kala saya riadah di luar. Kebanyakan masa saya riadah di rumah. Selalunya sesi riadah saya bersama keluarga dan keseorangan. Sesi bersenam saya minimum 3 kali seminggu, 30 minit setiap sesi. Maksimum 5 kali seminggu, 60 minit setiap sesi. Saya akan ambil 2 hari rehat.
Saya utamakan pengekalan otot dalam proses pengurangan lemak. Sangat penting turun berat badan dan kekalkan bentuk badan yang tegap, kurangkan “excess skin” selepas turunkan berat badan yang banyak. Saya tidak turunkan berat badan dengan terlalu cepat. secara purata 2 ke 4 kg dalam sebulan. Walaupun berat badan tidak turun banyak, tetapi ukur lilit bahagian badan menurun.
Teknik senaman adalah kombinasi cardiovascular & weight training (hybrid training). 3 kali seminggu saya lakukan latihan pemberat (dumbbell/barbell), 2 hari cardio. Atau sebaliknya. Contoh:
- Monday: Weight (Chest/Triceps/Shoulders)
- Tuesday: Cardio High Intensity Interval Training (Sprint/Run/Jog)
- Wednesday: Weight (Back/Biceps/Abs)
- Thursday: Rest
- Friday: Weight (Legs)
- Saturday: Cardio Low-Moderate Intensity (Hiking/Climbing stairs/Skipping/Walk around)
Jika saya tidak mempunyai banyak masa dalam minggu tersebut untuk bersenam, saya akan kombinasikan cardio + weight training dalam satu sesi. 30 minit pertama weight, 30 minit seterusnya slow cardio. 3 kali seminggu. Hari-hari lain saya cuma banyakkan berjalan kaki, bersiar-siar.

Gambar Nazrin semasa berat 98kg.
Saya gunakan pelbagai supplement.
Saya gunakan pelbagai supplement. Tujuan utama bukan untuk kurus dengan supplement. Tetapi untuk cukupkan keperluan nutrisi seharian dengan kalori yang rendah. Tambahan pula, ia mudah disediakan. Sehingga sekarang, saya pengguna setia whey protein daripada pelbagai jenama. Paling penting, kos yang berpatutan untuk setiap hidangan. Saya perlukan protein yang cukup dalam konteks gram mengikut berat badan. 2 gram per 1 kg berat badan. Jika tidak, jisim otot saya akan menurun jika tidak cukup kandungan protein, semasa menurunkan berat badan.
saya pernah ambil supplement fat burner, omega 3 fish oil, green tea sachet powder, fibre drinks, multi-vitamin, meal replacement shake dan lain-lain.
Dahulu, saya pernah ambil supplement fat burner, omega 3 fish oil, green tea sachet powder, fibre drinks, multi-vitamin, meal replacement shake dan lain-lain. (minuman yang lengkap dengan nutrisi seimbang seperti karbohidrat, protein, lemak) jika saya tidak mendapati makanan yang sesuai dan lengkap. Setelah dikaji, saya banyak menghabiskan wang pada supplement yang sebenarnya saya kurang perlukan.
Jangan lah terpengaruh dengan iklan kuruskan badan!
Saya adalah antara seorang yang mudah terpengaruh dengan iklan kuruskan badan dalam masa yang singkat, tanpa diet, tanpa senaman. Guna alat/gadjet itu, guna supplement ini, krim pemanas, sauna, baju korset slimming center dan sebagainya. Mereka adalah syarikat yang ingin melariskan jualan. Dan sasaran pasaran adalah anda yang ingin buang lemak berlebihan dan kelihatan cantik. Mereka tidak bersalah kerana tujuan bahagian pemasaran untuk buat iklan supaya dapat memujuk pelanggan untuk membeli. Akan tetapi, anda harus bijak dan tahu menilai, yang mana perlu, berkesan dan sebagainya. Jangan hanya ikut kata orang lain tanpa mengkaji prinsip asas pengurusan berat badan. Yang nak keluar duit anda. Saya pernah ada kenalan yang habiskan ribuan ringgit dengan pusat pelangsingan dan supplement, hasil berkesan. Tetapi setelah tidak follow up semula, badan kembali ke bentuk asal. Hanya kerana tidak faham konsep. Bukankah membazir masa dan wang? Jadilah pelanggan yang berilmu. Beli hanya yang perlu.
Ingat kunci ini, “Calorie deficit”. Hanya dua cara:
- Kurangkan kalori daripada pemakanan
- Tambahkan pembakaran kalori (lemak) daripada aktiviti dan pergerakan
Ilmu dan teknik yang betul sangat penting. Usaha dan konsisten. Ia mengambil masa yang tidak singkat. Saya jamin kita akan dapat capai berat ideal dan bentuk badan yang diimpikan, selagi tidak putus asa dan berdoa.
Saya doakan kejayaan kita bersama. Terima kasih kepada coach terutama Kevin Zahri, keluarga, rakan-rakan dan kenalan yang sentiasa menyokong saya.

Bersama Kevin Zahri di jom Kurus baru-baru ini. Paling atas, 5 dari kiri.
The post Nazrin Nasser: Hybrid training untuk kurang 30kg dalam 10bulan. appeared first on KevinZahri.com.