Terima kasih kepada NiagaTimes atas Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia 2019 dalam bidang kesihatan & kecergasan. Anugerah telah diadakan pada 4 April 2019 bertempat di Sheraton Imperial Kuala Lumpur.
Anugerah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.
Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia oleh NiagaTimes adalah program anugerah berprestij yang mengiktirafkan pencapaian usahawan-usahawan SME di Malaysia yang bersedia untuk terus maju di masa hadapan. Program anugerah SME ini adalah bertujuan untuk menggalakkan usaha dalam mengejar kecemerlangan di kalangan syarikat tempatan.
The post Anugerah Personalili Industri 2019 – Kesihatan & Kecergasan appeared first on Kevin Zahri.